Tuesday, May 31, 2016

Dia yang Satu

Kenapa hati aku masih ragu-ragu terhadap dia ? sedangkan aku kata aku cinta, mungkinkah aku takut kejadian dulu meragut lagi kepercayaan aku ? dia mencintaiku dari dulu hingga kini dan cinta dia padaku hingga ke mati, adakah benar cinta itu takkan berubah atau beralih arah ? Allah itu maha kuasa, aku tak dapat nak melawan jika dia bukan jodohku, tapi aku berdoa semoga dia adalah jodoh dan milikku, kerana aku terlalu sangat mencintainya. Sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia berubah perangai, adakah itu hanya mainan persaan ku atau itu benar, aku tak dapat nak memikir dengan jelas, aku cuma berharap, perubahan sikap dan perangainya bukan disebabkan orang ketiga, sehingga aku memikir adakah aku layak untuknya, adakah aku layak bersamanya, sedangkan dulu aku yang menghancurkan hatinya, dan adakah aku layak untuk menjadi isterinya, aku tak sanggup untuk menelan pahitnya bercinta lagi, cukup hanya dia seorang yang berada dalam hatiku. Semoga Allah tetapkan jodoh kami, dan aku akan sentiasa cuba untuk mempercayainya.

Cinta hatiku Hisyam bin Abu Bakar

Monday, October 26, 2015

Now is The Time

Sudah sampai penghujung, penamat cerita kita, terima kasih sekali lagi untuk 2tahun ini, sentiasa menceriakan hari2 ku, terima kasih atas segalanya, tunjuk ajar, pengongsian makanan minuman tanpa ada rasa geli atau menyampah, halalkan makan dan minum, maafkan diri ini andai pernah terguriskan hati, terkasar percakapan hingga menitis airmata, terkata yang membuatkan hati terasa, tertegur tak semena2, termarah suka2, itu semua kerana aku sayang pada kamu semua, semoga persahabatan yang terjalin hingga ke hujung nyawa, terima kasih utk susah senang, gelak ketawa, sedih kecewa, semoga diri ini tidak dilupai, semoga berjumpa lagi dilain masa.

Salam Sayang,
Arifah

Please see the link on instagram last another :)
Thank you

Sunday, September 20, 2015

Dah tak lama lagi

Cepat sangat masa berlalu , diam tak diam aku dah dekat 2 tahun kat poli nie , now tggl lagi sebulan je lagi aku akan berada disini , lepas nie tinggal semua jadi kenangan yang takkan mungkin akan berulang kembali , terima kasih untuk kenangan yang terukir , terima kasih untuk persahabatan ini , semoga dilain masa kita akan dapat berkumpul lagi dan bergelak ketawa , aku sayang korang semua ika , nadia , fatin , dylah , kak yohes , pavee , shan , dyra :)

Tuesday, March 4, 2014

Kehidupan di Politeknik Muadzam Shah

Kehidupan berhari2 di politeknik adalah sangat membosankan , sangat jauh dari keluarga dan insan tersayang , tapi apakan daya hanya berserah pada Dia yang maha kuasa , dan demi menyambung pelajaran walaupun atas harapan seorang Ibu :) first masuk kelas B okay jea , tapi biasalah budak baru masuk kan , ape jea boleh buad dengan dorang , kat semua orang rapat , hanya ada kak Yohes , then baru la kenal2 dengan budak2 kelas tu , Izati , Actiqah , Cik dan Alaa :) seminggu lepas tu kena tukar kelas sebab kelas tu ramai sangat budak repeat :D nak buad macam mana kan tukar jugak lah , then tukar ke kelas A , masa masuk tu kekok la sebab dah lambat masuk kelas tu , tapi ada seorang insan bernama Fatin Alfa Az-Azwa tegur aku dan suruh duduk sebelah dia :) Alhamdulillah dah ada kawan dalam kelas A , lepas tu dia kenalkan aku dengan adik2 sekelas dia Nadia dan Dyllah , Fatin sebaya dengan aku , Nadia dan Dyllah dua2 20tahun :) ada lagi dua orang yang aku tak kenalkann , Shan dan Pavee , Shan 20 dan Pavee 21 :) sekarang dengan dorang la aku selalu bersama.
Aku sayang dorang semua , kekadang kak Yohes tu menjengkelkan aku :) hee , biasa manusia mana lari dari ada perasaan tak suka kan , tapi aku tetap sayang , 
Sekarang tinggal lagi berapa minggu jea lagi nak habis sem , sekejap jea aku rasa masa berlalu :) tapi aku tak kesah , sebab kalau boleh aku nak cepat hsbis belajar kat sini lepas tu kerja lepastu kawin , hahahahah *gatal* :D
Cerita punya cerita aku lupa nak cerita pasal Roommate aku :) hee
okay nama dia Nur Atikah binti Rahim , the best roommate , bukan maksud aku roommate lain tak best tapi nie tinggal berdua jea , so lain rasa dia :) pape pun aku sayang dia sangat <3 nbsp="">

Thursday, February 6, 2014

Kesakitan hari ini

kesakitan yang aku dapat hari ini tak dapat aku nak ungkap dengan kata2,  aku terfikir kenapa aku dilahirkan jika untuk disepak terajang, Tuhan sedang uji aku kah ? aku kata mahu benci adik ku dan tidak memaafkan mereka , tapi perasaan tu hanya hasutan syaitan , cuma sekarang untuk berbaik tidak sama sekali , tapi jika mahu membenci dia aku bisa , sebab dari dulu aku tanam perasaan , perasaan tu telah pudar dan sekarang mekar kembali , aku takkan pernah maafkan dia ape yang dia dah buad pada aku hari nie , aku bukan anak kecil yang perlu keluar dari rumah mintak izin , kalau dia seorang yang soleh dan boleh menjadi contoh insyaaAllah dia org pertama yang aku hormat , Hormat ? hilang semuanya hanya kebencian yang wujud dalam hati , orng tak rasa ape yang aku rasa , hanya aku dah Tuhan yang maha esa mengerti ape yang aku rasa , dari dulu aku benci dia , dan aku cuba buang , walau tak sepenuhnya , dan sekarang dia buad aku benci dia lagi , kalau ada kehidupan yang kedua aku tak mahu kenal siapa dia

Monday, August 12, 2013

Buku Baru , Kebahagiaan Baru

Taktao nak cakap macam mana :) aku bahagia skrg , aku bahagia bila dia bersama aku , tak perlu yang hott atau terlalu handsome , cukup sekadar dia menyayangiku , mencintaiku , Ya Allah Ya Tuhan ku , kau redhai lah hubungan aku dengan dia , kerana aku terlalu menyayanginya , sesungguhnya Cinta yang pernah beraja dihatiku belum pudar untuknya , aku berterima kasih padanya , kerana memberi aku sekali lagi peluang untuk membina semula hubungan kami :) Bie , Sayang hargai sangat ape yang bie buad kat sayang , Thanks bg syg peluang untuk memiliki bie sekali lagi , dan sayang mintak maaf ape yang terjadi dulu :( I'm always be side you forever , insyaaAllah :)


Tuesday, July 9, 2013

Sedih Sangat

Aku tatao la ape yang aku rasa sekarang nie :( kenapa aku rasa macam sakit hati sangat tgk si gemok tu nan gurl lain , myb rasa cinta tu tetap utuh dalam hati aku kan :) tapi aku malas nak pk pasal tu , bukan sbb aku dah ada org yang leh teman tapi aku malas nak pk ape yang pernah terjadi antara kami , sekarang  nie pintu hati aku seakan² tertutup untuk terima lelaki lain dalam hati aku even DB , i'm sorry :( dia pun macam nak taknak jea layan aku skrg nie , tah la kenapa , biar lah , aku pun dah tade hati lagi , aku taknak letak harapn yang tinggi untuk bersama dia .